INFO TERKINI PESAN 2017

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran peserta, sila hubungi:

Dr. Norzalinda Mohd Ali Hanafiah
Ketua Biro Pendaftaran Pesan 2017
Tel.: 016-442 9244

PENGENALAN

Cabaran kehidupan di dekad ini semakin bertambah kompleks. Banyak kesukaran yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan sehari-hari sukar diselesaikan secara sendiri, lantas sering menimbulkan rasa terbeban dan buntu. Oleh itu, tanggungjawab pekerja sosial milenium ini semakin berat dan memerlukan pemahaman tentang isu-isu semasa yang melanda masyarakat, di samping perlunya mempunyai ilmu terkini untuk membantu menyelesaikan masalah.

Kesejahteraan masyarakat bukan sahaja menjamin kehidupan yang baik kepada mereka malah memberi kesan yang besar terhadap kestabilan sesebuah negara. Tekanan kehidupan semasa, dasar sesebuah kerajaan, impak persekitaran, bantuan dan sokongan yang diterima, serta perkhidmatan sosial yang disediakan perlulah dikaji dan difahami untuk memastikan kelestarian kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, bagi menangani cabaran masyarakat yang semakin kompleks dan mencabar, profesion kerja sosial perlu kekal relevan dan sentiasa bergerak seiring dengan perubahan dan kehendak semasa. Profesion ini perlu diperkukuhkan dalam konteks ilmu, nilai dan kemahiran ke arah meningkatkan lagi kesejahteraan sosial rakyat. Maka, Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017 (PESAN2017) dianjurkan untuk mengumpulkan para pengamal kerja sosial, pembuat dasar, pemikir, anggota pertubuhan bukan kerajaan, pelajar, ahli-ahli akademik dan anggota masyarakat yang berminat dalam satu platform bersama untuk membincangkan isu-isu kerja sosial semasa.

BROSUR PERSIDANGAN

Untuk muat turun brosur di atas sila klik butang kanan pada imej di atas dan simpan. Brosur juga boleh dimuat turun dalam bentuk PDF di sini.

BUTIRAN PERSIDANGAN

  • Tema: Kerja Sosial Mendepani Cabaran Semasa
  • Tarikh: 12 dan 13 Julai 2017 (Rabu dan Khamis)
  • Tempat: Auditorium Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur

OBJEKTIF

Persidangan ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:

  1. meneroka isu-isu cabaran semasa yang dihadapi oleh individu, keluarga dan masyarakat;
  2. membincangkan inisiatif terkini profesion kerja sosial dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat; dan
  3. menyediakan wadah perbincangan kepada para pendidik, penyelidik, dan pengamal kerja sosial.

TEMA UMUM

"Kerja Sosial Mendepani Cabaran Semasa"

SUB-TEMA

  • Kebajikan dan perlindungan kanak-kanak
  • Keluarga
  • Komuniti
  • Kesejahteraan Warga Tua
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Gender
  • Kesihatan Mental
  • Spiritualiti
  • Penyalahgunaan Bahan
  • Kebajikan Produktif
  • Jenayah dan Delinkuensi
  • Etika dan Perundangan Sosial
  • Pengurusan Bencana
  • Polisi Sosial
  • Pemulihan
  • Pendidikan dan Kompetensi
  • Pelarian dan Pemerdagangan Manusia
  • Isu-isu Pertubuhan Sukarela
  • Gelandangan
  • Keusahawanan Sosial
  • Kesukarelawanan
  • OKU dan Ketidakupayaan
  • Golongan Marginal
  • Pengurusan Organisasi Sosial
  • Teknologi dan Media Sosial
  • Hala tuju Kerja Sosial
  • Kerja Sosial di Sekolah dan IPT
  • Topik-topik lain yang berkaitan dengan tema utama

 


Hakcipta © PESAN2017 • Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial,
UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia